Perak Hari Ini

‘Warong Rider’ Tawar Perkhidmatan Kepada Peniaga Kecil Di Perak

IPOH – Bagi memulihkan kembali ekonomi peniaga dan penjaja kecil yang terjejas akibat penularan COVID-19, perkhidmatan penghantaran atas talian, ‘Warong RIder’ telah memilih Perak sebagai negeri sulung untuk pelancaran inisiatif tersebut

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata objektif utamanya adalah memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan yang diberhentikan kerja akibat pandemik tersebut.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603251581010″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603255559178″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Katanya ianya juga akan memberi manfaat kepada peniaga dan penjaja yang terdiri daripada golongan B40, asnaf dan ahli Gabungan Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM)

Malah ujarnya perkhidmatan Warong Rider yang dijangka beroperasi dalam tempoh dua bulan lagi itu akan mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan baharu.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603255588848″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Untuk fasa pertama, seramai 480 penghantar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tertentu akan dilantik.  Mereka yang berminat perlu membuat permohonan untuk menjadi penghantar Warong Rider di Perak kepada Digital Perak yang mewakili kerajaan negeri.

“Kita menyasarkan setiap penghantar ini mampu mencecah pendapatan sebulan sebanyak RM1,200. Usaha ini bukan sekadar dapat membantu belia di Perak malah akan membantu pihak lain untuk memasarkan produk mereka,” katanya.

Tambah beliau berbeza dengan perkhidmatan penghantaran sedia ada yang menyasarkan kawasan bandar, Warong Rider akan diperluaskan perkhidmatannya dengan menempatkan 20 penghantar bagi setiap kawasan parlimen di Perak.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603251477130″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Warong Rider yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden GPPPKMM, Datuk Ramli Noraini; Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perak, Asmadi Teh serta Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Meor Rezal Fitri Meor Redwan.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1603255537727″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Warong Rider, Mohd Nadzri Kamarulzaman berkata usaha yang dibangunkan Idea Creative Technology Sdn Bhd itu bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan perkhidmatan penghantaran yang sedia ada.

Sesuai dengan nama ‘Warong’, beliau berkata Warong Rider diwujudkan untuk membantu memudahkan urusan penghantaran produk yang dikeluarkan usahawan kecil dan sederhana.

Katanya selain tidak mengenakan caj pemasaran di platform, antara kelebihan Warong Rider adalah menyingkatkan tempoh masa  transaksi pembayaran selama dua hari kepada peniaga.

“Pada peringkat awal, kita memperoleh geran daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.) untuk 3,000 penghantar untuk seluruh negara.

“Kini ianya mendapat pertambahan geran sebanyak 2,000  pengantar lagi. Justeru kita menyasarkan sebanyak 5,000 penghantar di seluruh negara sebelum Disember ini,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");