Perak Hari Ini

Yadim Bantu Penjara Dibawah PKPD

TAIPING: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menerusi Jelajah Yadim Peduli menyalurkan bantuan kepada penjara-penjara di Semenanjung Malaysia yang kini berada menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sumbangan Musaadah Covid-19 tersebut adalah tanda keprihatinan disamping bersempena Bulan Dakwah 2020 yang berlangsung hingga hujung tahun ini.

Katanya, ketika ini Yadim dalam misi menyampaikan sumbangan di utara tanah air sebelum bergerak ke negeri-neri lain.

“Kita sebenarnya dalam misi utara sebenarnya, bermula dengan Kedah. Di negeri Kedah kita ada tiga kawasan penjara yang diisytihar sebagai PKPD iaitu di Pokok Sena, Alor Setar dan Sungai Petani yang kita serahkan sumbangan.

“Kemudian untuk misi di Utara kita ke Pulau Pinang sebelum berakhir di Penjara Taiping. Ini adalah sebahagian program besar bulan dakwah yang kita buat,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak RM80,000 peruntukkan telah disumbangkan untuk keperluan harian dan makanan bagi misi di kawasan utara.

Katanya lagi, jelajah Yadim peduli juga akan ke Penjara Kajang yang turut diisytiharkan PKPD selain sumbangan di Kuala Terengganu dan Sabah yang sedang berjalan.

“Sumbangan juga akan disalurkan ke perkampungan Orang Asli di Kelantan sebagai satu mesej dakwah,” katanya.

Sebagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Yadim akan sentiasa mengerakkan misi bantuan dan bantuan akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Beliau bagaimanapun menyeru orang ramai untuk menyumbang kepada Tabung Yadim Peduli Covid-19 dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank di nombor akuan 566010625428.

Dalam pada itu, Pengarah Penjara Taiping, Mohd Farid Kassim berkata, sehingga kini, keperluan di Penjara Taiping mencukupi.

Namun begitu katanya, pihaknya masih mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin membantu pihak penjara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");