Panasnya Hari Ini

Zahid Dijadual Menghadap Agong Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 5 petang Khamis ini.

Menurut Bernama, perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi parti di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

“Datuk Seri Zahid Hamidi dititahkan menghadap Seri Paduka Baginda pada hari Khamis, jam 5 petang,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, mesyuarat itu memutuskan bahawa UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis, untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pada sidang media petang tadi, Anwar mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, selain mendakwa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk input dan pengesahan dokumen, yang dipersembahkan Presiden PKR itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");