Panasnya Hari Ini
Like

Zahid Tak Buat ‘U- Turn’ – Annuar Musa

October 22, 2020
301 Views
0 Comments
2 minutes read
Zahid Tak Buat ‘U- Turn’ – Annuar Musa

KUALA LUMPUR : Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ‘U-Turn’ susulan pengumumannya melakukan genjatan politik sebagai tidak benar.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, juga menafikan ada mesyuarat selama empat jam membabitkan pemimpin UMNO sebelum ini, yang menekan Ahmad Zahid membuat pendirian sedemikian.

“Laporan itu jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu. Pertimbangan presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan merupakan keputusan beliau sendiri.

“Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat,apalagi bila melibatkan nyawa dan kesihatan,” katanya dipetik menerusi kenyataan di Facebook beliau semalam, lapor Harian Metro.

Justeru, beliau berkata, tindakan presiden UMNO itu tepat dimana rakyat dan negara di dahulukan, bukannya politik.

Portal itu kelmarin mendakwa berlangsungnya mesyuarat empat jam membabitkan Ahmad Zahid serta pengerusi perhubungan UMNO negeri yang marah atas tindakan pimpinan tertinggi menyokong tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, gerakan untuk menukar Perdana Menteri pada masa ini tidak akan membantu negara mengurangkan penularan Covid-19.

“Mengganggu kestabilan perkara paling mudah.Tukar Perdana Menteri tidak menghapuskan virus ini. Malah pilihanraya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak perandakan lagi.

“Situasi kita ini luar biasa.Tiada rujukan kecuali melihat kepada pelbagai pendekatan dan menggubal preskripsi kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata, kestabilan dan diperlukan kerajaan ketika ini aam memgambil tindakan untuk mengurangkan impak Covid-19.

“Negara di barat mengistiharkan darurat, bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada Covid-19 dan keselamatan negara. Berbillion ringgit dana negara terpaksa di gunakan dan negara boleh bankrap angkara Covid-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat persiapan menggubal prosedur operasi standard (SOP) baru yang komprehensif sebelum boleh di adakan pilihanraya umum.

“Malah Pilihan Raya Kecil seperti di (Parlimen) Batu Sapi yang wajib diadakan, patut tidak di adakan sehingga semuanya terkawal. Semua mudarat yang jelas ini wajib dielakkan,” katanya.

Comments are closed.