Berita Hari Ini

1,103 kes baru Covid-19, 821 pulih, Lembah Klang tertinggi

Sebanyak 821 pesakit yang menerima rawatan Covid-19 telah sembuh sepenuhnya menjadikan angka keseluruhan mereka yang pulih kini berjumlah 35,606 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya sebanyak 1,103 kes baru jangkitan Covid-19 dikesan, menjadikan bilangan terkumpul penularan pandemik itu dalam negara berjumlah 48,520 orang.

“Lembah Klang mencatatkan kes baru tertinggi sebanyak 544 kes atau 49.3%, manakala Sabah merekodkan 288 kes atau 26.1%,” katanya pada sidang media hariannya.

Tambah Noor Hisham seramai 12,601 pesakit sedang menerima rawatan di hospital, 102 dirawat di Unit Rawatan Rapi termasuk 39 memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 4 lagi kematian baru dilaporkan, menjadi jumlah mereka yang maut akibat Covid-19 meningkat kepada 313 orang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");