Jumlah kes positif harian Covid-19 terus merekodkan empat angka dengan sebanyak 1,114 dicatatkan setakat tengah hari tadi.
Daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 391 kes.
Sementara itu, Negeri Sembilan pula menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 371 kes, mengatasi Selangor yang mencatatkan sebanyak 200 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 46,209 kes dan jumlah kes aktif kini adalah 12,131.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya turut memaklumkan dua kematian terbaru akibat wabak itu.
Mengenai peningkatan di Negeri Sembilan, Dr Noor Hisham berkata ia berpunca daripada Kluster Cergas yang menyumbang sebanyak 363 kes atau 97.8 peratus) kes di negeri itu.
“Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif pada hari ini.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 145 kes adalah daripada kluster-kluster (66.8 peratus,” katanya.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan empat kluster baru dikesan iaitu kluster Istimewa (Sabah), kluster Alila (Sabah), kluster Assumption (Pulau Pinang dan Kulim Kedah) dan kluster Rajawali (Pulau Pinang).
Sehingga kini, terdapat 103 kes positi yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 391 kes
Negeri Sembilan: 371 kes
Selangor: 199 kes
Perak: 53 kes
Pulau Pinang: 34 kes
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 13 kes
Johor: 15 kes daripada kluster sedia ada
Kedah: 10 kes
Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan kes
Melaka: Enam kes daripada kluster sedia ada.
Kelantan: Lima kes
Sarawak: Tiga kes
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat kes daripada kluster sedia ada.