Berita Hari Ini

1,290 kes baru, 4 lagi kematian

Sehingga tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 1,290 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Empat kes kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa 110 pesakit Covid-19 kini di unit rawatan rapi (ICU), melebihi rekod sebelumnya iaitu 108 pada 3 April.

Daripada jumlah kes baru yang dilaporkan, lima merupakan kes import, sementara selebihnya, 1,285 adalah merupakan penularan tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).

Sorotan kes harian:

  • Kes aktif:13,222 ? (408 lebih banyak berbanding semalam, rekod baru)
  • Rawatan intensif: 110 ? (7 lebih banyak berbanding semalam)
  • Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 37 ? (4 kurang berbanding semalam)
  • Kematian baru: 4
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");