Perak Hari Ini

147 Penerima Darjah, Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

IPOH – Bersempena dengan sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-64 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan darjah bintang dan pingat kebesaran kepada 147 penerima yang terlibat sebagai petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan COVID-19.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata jumlah penerima pada terhad berbanding sebelum ini kerana hanya mereka yang menepati kriteria sahaja mendapat perkenan Baginda.

Katanya mendahului senarai, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang akan menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS).

Selain itu katanya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim akan menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM).

“Disebabkan perkembangan terkini penularan COVID-19, Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri ditangguhkan dan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersempena dengan sambutan hari ulang tahun Keputeraan Sultan Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Zahidi berkata Sultan Perak turut berkenan menganugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 11 tokoh dan individu.

Mereka adalah Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr Nordin Kardi; Pakar Perunding Kanan Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi Hospital Raja Peramisuri Bainun (HRPB), Dr A.Aruku Naidu; Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr. Faridah Abu Bakar; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia, Adzman Talib.

Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Ishak Abd Rahman; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Bahari Bin Belaton; Ketua Pegawai Eksekutif Institute Of Advanced Islamic Studies (IAIS), Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali;

Turut menerima DPMP ialah Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz; Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Chuah Teong Ban; Pakar Perunding Jabatan Surgeri Ortopedik, Prof. Dr. Kwan Mun Keong serta Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Dr. Saunthari Dharmalingam.

Lima individu menerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain; Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Ketua Pengarah Cawangan Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan, Brigadier Jeneral Ir Anhar Anuar; Inspektor Jeneral dari Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Pengarah kesihatan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Brigadier Jen Dr Nor Azam Jais.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");