Perak Hari Ini

2.6Tan Barang Basah Diagih Kepada Penduduk Taman Meru 2C

IPOH – Seberat 2.6tan barang basah dan bantuan kotak makanan diagihkan kepada penduduk di Taman Meru 2C, Ipoh, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan COVID-19 ke atas penduduk di kawasan berkenaan sejak 2 hari lalu.

Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, berkata, beliau yang hadir bagi mewakili Menteri Besar Perak memberikan sumbangan dan bantuan keperluan harian kepada 400 penduduk yang terjejas di kawasan berkenaan akibat penularan pendamik COVID-19 itu.

“Antara barangan basah yang diagihkan adalah seperti 800kg ikan kembung dan 800kg ayam segar, serta 1tan sayur-sayuran seperti cili, petola, terung, bayam, sawi dan timun manakala bantuan barang kering pula seperti beras, minyak masak, gula, kicap dan sebagai.

Pada masa sama, Hafiz Mubin berkata, pengagihan berkenaan akan dibuat mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang telah dikeluarkan oleh KKM

“Kami tidak membenarkan penduduk ini mengambil barang di kawasan agihan tetapi kami akan menghantar bantuan ini dari rumah ke rumah dan tidak melepasi had pagar rumah mereka.

“Kita juga akan pantau kawasan ini dari semasa ke semasa dan bantuan ini tidak terhenti di sini sahaja malah akan akan ada lagi bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri”, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");