Berita Hari Ini

4 wakil UMNO akan sampaikan syor bajet kepada Tengku Zafrul

Empat orang wakil dari parti UMNO akan bertemu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini (Ahad) untuk menyampaikan lebih daripada 130 syor berkaitan bajet rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter berkata, syor-syor berkenaan dikutip dari rakyat akar umbi serta pimpinan pelbagai peringkat.

“Saya percaya input UMNO dapat membantu kerajaan PN membentangkan satu bajet rakyat dan bajet pemulihan ekonomi yang baik,” katanya tanpa menamakan empat wakil UMNO yang bertemu Tengku Zafrul esok.

Sebelum Menteri Kewangan mengadakan konsultasi secara maya bersama wakil rakyat pembangkang termasuk Timbalan Presiden Parti Warisan, Datuk Darell Leiking.

Beliau turut menerima kunjungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi pandangan serta idea mengenai belanjawan 2021.

Selain wakil UMNO, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul hari ini. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");