Berita Hari Ini

400 penduduk Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi ‘hilang’

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang meminta bantuan polis untuk mengesan kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang gagal membuat saringan COVID-19.

Pengerusinya, Mohamad Zain A Hamid, berkata bilangan mereka yang didapati tidak pulang ke kediaman di situ diperoleh melalui rakan dan jiran selepas polis mengepung kawasan itu pada jam 6 petang Selasa lalu.

Mohamad Zain berkata, pihaknya mengubah strategi untuk mengepung awal kawasan itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytiharkan bagi mengelakkan penduduk melarikan diri.

Katanya, kawasan itu dihuni 800 penduduk dan pihaknya sedang mengesan mereka yang ‘hilang’ melalui rakan sebilik, jiran serta aplikasi MySejahtera.

“Kita merayu kepada penduduk yang tidak pulang supaya kembali membuat saringan kerana perkara ini membabitkan kesihatan bagi mengelak berlakunya kluster baharu di luar kawasan,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, hari ini.

Katanya, mereka yang gagal melakukan ujian saringan akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pusat perniagaan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dikenakan PKPD sehingga 25 November, membabitkan 284 premis serta 800 penduduk.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");