Perak Hari Ini

5,700 pegawai polis dikerah pantau PKPB

IPOH – Polis Perak telah mengerahkan seramai 5,700 pegawai polis bagi melaksanakan tugas pemantauan dan pematuhan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Perak.

Pemangku Ketua Polis Perak, (DCP) Datuk Goh Boon Keng berkata, sebanyak 450 pasukan bagi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Secara keseluruhannya kedua-dua penugasan ini melibatkan sejumlah 1,800 orang pegwai polis di seluruh kontijen Perak setiap hari.

“Kita juga telah mendirikan sejumlah 51 sekatan jalan raya (SJR) meliputi 28 sempadan daerah dan 23 di sempadan negeri”. katanya menerusi kenyataan media.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan semua pihak wajib mematuhi SOP dan peraturan yang dikeluarkan oleh MKN kepada seluruh masyarakat dalam memerangi pendemik Covid-19 ini.

Terdahulu, MKN telah mengeluarkan arahan PKPB dibeberapa negeri semenanjung Malaysia bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember termasuk di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");