Berita Hari Ini

8 kematian, 972 kes baru, jangkitan di Negeri Sembilan melonjak

Sebanyak lapan kematian dan 972 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 41,181 kes.

Seramai 1,345 pesakit Covid-19 sembuh hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11,308 kes.

Sementara itu, hari ini kes jangkitan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah lebih banyak berbanding kes baru di Sabah.

Hari ini terdapat 370 kes baru penularan dalam negara di Sabah, manakala 260 kes di Negeri Sembilan, 137 kes di Selangor, Kuala Lumpur dengan 20 kes dan Putrajaya lima kes.

Ringkasan status terkini Covid-19:

Kes sembuh=1,345

Jumlah kes sembuh=29,579 kes

Kes baharu positif=972

(kes import=5, kes tempatan=967)

Jumlah positif=41,181 kes

Kes kematian=8

Jumlah kes kematian=294 kes

Kes dirawat di ICU=86 kes

Bantuan Alat Pernafasan=31 kes


Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 370 kes

  • 120 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Nahaba dan Kluster Numbak; dan
  • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 86 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 260 kes

  • 247 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 10 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 137 kes

  • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada
  • kluster baru iaitu Kluster Perigi;
  • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 63 kes

  • 18 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 20 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Seri Terapi;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Pulau Pinang: 34 kes

  • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Kedah: Lapan (8) kes

  • Tujuh (7) kes daripada kluster- kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Johor: Lapan (8) kes

  • Lima (5) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes
  • daripada kluster baru iaitu Kluster Padang; dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: Lima (5) kes

  • Empat (4) daripada kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Harmoni.

Sarawak: Empat (4) kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Kelantan: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");