Berita Hari Ini

869 kes baru, 6 kematian, 82 di ICU

Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia terus berada pada tiga digit, iaitu pada 869 kes berbanding 972 kes yang dicatakan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 42,050 kes dengan kes aktif sebanyak 11,446.

Dia berkata daripada kes baru itu, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 397 kes.

“Sabah mencatatkan sebanyak 397 kes atau 45.7 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 258 kes atau 29.7 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut: Sabah (397 kes), Selangor (235), Negeri Sembilan (141), Pulau Pinang (27), Kuala Lumpur (19), Perak (12), Kelantan (9), Labuan (8), Johor (8), Sarawak (6), Kedah (3) dan Putrajaya (3).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baru dikenal pasti pada hari ini manakala lima lagi kluster diisytiharkan tamat.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes baru terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham berkata terdapat sebanyak 725 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 30,304 atau 72.1 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 82 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya sambil menambah semua mangsa adalah dari Sabah.

Daripada jumlah itu, lima adalah warga negara dan seorang lagi bukan warga negara. Semua kecuali satu berusia lebih 50 tahun dan sebahagian besar mereka mempunyai latar belakang mempunyai sakit seperti kencing manis, darah tinggi dan asma.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 300 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");