Berita Hari Ini

970 kes baru, Negeri Sembilan pula mendahului

Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini berkurangan daripada empat digit kepada tiga digit dengan catatan 970 kes baru,. Ini berbanding 2,188 kes semalam dan 1,884 kes pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Negeri Sembilan merekodkan angka tertinggi pada 318 kes.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri: –

Negeri Sembilan (318 kes), Sabah (293), Selangor (115), Perak (80), Kuala Lumpur (44), Labuan (37), Johor (30), Kedah (24), Pulau Pinang (14), Kelantan (8), Sarawak (2), Pahang (2), Melaka (1), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).

Negeri-negeri lain tiada.

Justeru, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak59,817 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,971 kes.

“Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah merupakan penularan Covid-19 dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula sebanyak 2,348 kes, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sepenuhnya ialah 46,501 kes atau 77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat keskematian berkaitan Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 345 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 110 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat sebanyak 339 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baru pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 170 kluster dengan tiga kluster yang tamat pada hari ini – Idaman, Bayu dan Bah Kota.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 169 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40 klustermelaporkan pertambahan kes.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah kluster Bakti (301 kes), kluster D’Bajaru (56 kes) dan kluster Pengkalan Barat (40 kes),” katanya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");