Panasnya Hari Ini
Like

Afif Nafi Dilantik Ketua Pengarah JASA

November 7, 2020
188 Views
0 Comments
1 minute read
Afif Nafi Dilantik Ketua Pengarah JASA

SEBERANG JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menafikan akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Sinar Harian melaporkan dalam satu ciapan yang dimuat naik di Twitternya semalam, Afif yang juga Ketua Pemuda Negara menyatakan perkara itu palsu.

Semalam, di beberapa laman sosial memaparkan gambarnya berserta ucapan tahniah di atas pelantikannya dalam menerajui agensi itu.

Semalam dalam Belanjawan 2021 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM85.5 juta kepada JASA.

Peruntukan yang disifatkan agak tinggi itu bagaimanapun menimbulkan polemik serta rasa tidak senang dalam kalangan rakyat serta sebilangan ahli Parlimen lain khususnya pembangkang.

Pada 2018, JASA dan empat agensi lain dibubarkan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata, kebanyakan institusi terbabit sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan.

Comments are closed.