Perak Hari Ini

Air Pancut Bulatan Sultan Yussuf Kembali, Kekal Jadi Ikon Bandaraya Ipoh

IPOH- Projek menaiktaraf air pancut di Bulatan Sultan Yussuf merupakan projek pengindahan semula bulatan tersebut yang menjadi Mercu Tanda Bandaraya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pada malam ini ianya telah kembali dengan naiktaraf yang begitu unik dan cantik.

“Air pancut Bulatan Sultan Yussuf merupakan salah satu naiktaraf yang begitu unik dan cantik yang memperlengkapkan jalan masuk ke Bandaraya Ipoh.

“Air pancut di Bulatan Sultan Yussuf telah dimulakan semula pada malam ni setelah beberapa lama ditutup sejak bulan November pada tahun lalu di mana janya adalah rentetan daripada rancangan kerajaan negeri melalui peruntukan yang diturunkan oleh Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan telah disumbangkan oleh Hotel WEIL,” katanya kepada media selepas merasmikan air pancut tersebut malam ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud.

Projek naik taraf air pancut dan pengindahan landskap di bulatan Sultan Yussuf melibatkan peruntukan berjumlah RM400,000.00 yang mana ianya disumbangkan oleh pihak Hotel WEIL sebanyak RM200,000.00 dan ICU sebanyak RM200,000.00.

Katanya, ianya juga disempurkan bersempena dengan sambut hari keputeraan DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada bulan November ini.

Konsep pengindahan struktur air pancut melibatkan penambahan Globe yang bercahaya umpama sebutir permata di atas mercu struktur yang sedia ada.

Air pancut ini juga telah dipasang sistem perpaipan dan pam baru menggunakan teknologi yang terkini.

Ujar beliau, dengan adanya mercu tanda yang begitu sempurna ini, beliau berharap ia akan akan menjadi tarikan atau kekal menjadi Ikon kepada Bandaraya Ipoh.

Menurut beliau, projek ini telah disiapkan sepenuhnya pada 20 Oktober 2020 di mana kelewatan penyiapan projek ini yang dijadualkan pada Mac 2020 adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid 19.

“Kita telah merancang projek ini disempurnakan pada bulan Februari 2020 tetapi disebabkan Covid-19 projek tidak dapat selesai seperti yang dirancang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");