Membawang Hari Ini
Like

Alif Satar Hilang Deria Bau, Ibu & Ayah Sudah Bebas COVID-19

November 25, 2020
121 Views
0 Comments
2 minutes read
Alif Satar Hilang Deria Bau, Ibu & Ayah Sudah Bebas COVID-19

Sudah hampir lima hari menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Melaka selepas disahkan positif COVID-19 pada Ahad lalu, pelakon dan penyanyi Alif Satar memaklumkan keadaannya stabil dan baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, Alif memberitahu dia mengalami gejala hilang deria baru sejak tiga hari lalu sehinggakan dia tidak boleh membau sabun mandi dan deodoran. Namun dia bersyukur ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi dan dijaga dengan baik oleh kakitangan hospital.

“Sudah dua ke tiga hari saya hilang deria bau. Difahamkan ini antara gejala wabak ini. Saya pakai sabun mandi dan deodaran pun tak boleh hidu bau. Namun, yang lain semuanya okay.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan sebilik dengan pembantu peribadi. Disebabkan di sini tidak ramai pesakit Covid-19, jadi banyak katil kosong. Kami dijaga baik oleh kakitangan dan jururawat di sini,” katanya.

Alif berkata lagi ia perkara yang tidak dijangka kerana dia sentiasa mengikut SOP dan tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti virus berkenaan kerana dia tidak bergejala mengalami demam.

“Ke mana-mana saja saya ikut prosedur operasi standard (SOP). Sewaktu nak menjalani penggambaran di Melaka saya pergi buat ujian saringan dan keputusannya negatif. Jadi, saya sambung kerja macam biasa.

“Jadi, dalam keadaan sekarang macam mana kita buat dan patuh SOP pun, kita tak tahu apa saja boleh terjadi. Apatah lagi ‘watak’ Covid-19 ini lain. Macam saya, suhu badan okay, tidak bergejala dan tidak demam. Jadi memang tak tahu,” katanya.

Dalam pada it, Alif turut memaklumkan ibu dan bapanya sudah bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh, hari ini. Namun adik bongsu dan datuknya masih lagi dirawat.-RTKY

Comments are closed.