Perak Hari Ini

Anjur Program Bantu Usahawan PKS, Mikro Terkesan COVID-19

IPOH – Penularan COVID-19 dalam negara nyata memberi kesan buruk kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro.

Justeru itu, Kerajaan Perak dengan Perak ECLAT Tvet (PET) dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)  menganjurkan Program ‘Work force’  transformasi tenaga kerja pasca COVID-19 bagi membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat serta latihan.

Dalam memperhebatkan lagi usaha tersebut, syarikat tempatan, WMF Solution Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program ‘Kelas Kerjaya Online by WMF Solution Sdn Bhd’ dengan menyasarkan 25 peserta.

Menurut satu kenyataan, program tersebut dianjurkan bermula 26 Oktober sehingga 26 November ini.

Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, Wan Mohammad Faizal Wan Aris berkata  program itu diharap mampu memberi kelegaan kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 dengan ilmu penting dalam norma baharu.

“Ia juga dapat memberi pekerjaan dengan membantu usahawan PKS dan mikro untuk meneruskan perniagaan dalam tekanan ekonomi yang sangat mencabar serta dapat membuka peluang  yang baru untuk memperhebatkan perniagaan.

“Sokongan kepada rakyat yang terjejas dari pandemik COVID-19 juga perlu diberikan secara berterusan dengan menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan selain membuka peluang-peluang baharu agar mereka boleh mengembangkan perniagaan.

“Penganjuran yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan  PET dan PASAK  Insyallah dapat membantu mereka  yang terkesan dengan pandemik ini untuk menjana pendapatan,” katanya.

Tambah beliau sekiranya ada pihak yang berminat untuk menimba ilmu atau membuat program Kelas Kerjaya Online, mereka boleh menghubungi WMF Solution Sdn Bhd di talian 016-5421798.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");