Perak Hari Ini

Arca Buluh Di Dataran Bandaraya Ipoh Berkonsepkan Kelopak Bunga

IPOH – Arca buluh yang terletak di Dataran Bandaraya Ipoh akhirnya siap selepas ia mula dibina pada Mac lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata kerja-kerja pembinaan arca tersebut terhenti seketika dalam beberapa tempoh sebelum ia disambung semula susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya arca buluh yang berkonsepkan kelopak bunga itu disiapkan Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terdahulu mengikuti kursus pembinaan arca tersebut di sebuah institusi swasta di Sungai Siput.

“Pembinaan berkenaan merupakan satu inovasi Jabatan Landskap MBI bagi meneroka pembinaan teknologi mampan dan mesra alam.

“Penggunaan buluh yang merupakan satu bahan binaan mampan dan mesra alam ini telah menjalani proses rawatan sebelum ia digunakan untuk kerja-kerja pembinaan arca tersebut.

“Anggota yang terlibat dalam kerja pembinaan ini telah mengikuti kursus pembinaan teknologi buluh dan setakat ini telah menyiapkan beberapa struktur buluh untuk pelbagai kegunaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Setiausaha Bandaraya, Zuraina Kamarul Ariff telah merasmikan arca buluh itu di Dataran Bandaraya, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata ia terbuka kepada orang ramai untuk berkunjung atau pergi melihat sendiri keunikan arca tersebut yang diletakkan berhampiran dengan menara jam di Dataran Bandaraya.

“MBI akan melaksanakan lebih banyak pembinaan struktur sedemikian selaraskan dengan usaha menjadikan Ipoh Bandaraya Rendah Karbon menjelang 2030,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");