Perak Hari Ini

Armada Tanjung Malim Minta Kerajaan Selesaikan Masalah Ulat Bungkus

TANJUNG MALIM – Pihak kerajaan diminta untuk menangani masalah serangan serangga perosak iaitu ulat bungkus di ladang-ladang sawit di daerah ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tanjung Malim, Azirul Shafiq Sazali berkata masalah tersebut bukan perkara baru malah ianya memberi kesan buruk kepada ekonomi, pendapatan serta tanaman para peneroka FELDA.

“Saya telah melawat beberapa kawasan FELDA di dalam bahagian Tanjung Malim, yang mana ramai peneroka mengeluh akibat serangan yang menjejaskan hampir 50 peratus pengeluaran sawit bagi keseluruhan tanaman.

“Ini merupakan perkara penting yang perlu diselesaikan melalui bantuan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya sebelum ini sebuah agensi telah diarahkan kerajaan bagi menangani masalah tersebut namun beliau mendakwa ianya gagal.

Justeru Azirul Shafiq meminta agar kerajaan dapat melantik sebuah agensi lain yang mempunyai kepakaran bagi mengatasi masalah sama.

“Saya berpendapat kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri harus melantik sebuah syarikat swasta yang pakar khusus untuk membasmi dan mengatasi masalah serangan ulat bungkus.

“Ini kerana peruntukan telah disalurkan kepada sebuah agensi bagi mengatasi ulat bungkus ini pada ketika dahulu namun ianya gagal untuk membendungnya.

“Malah peneroka semakin terkesan pada ketika ini akibat daripada perkara itu. Saya amat mengharapkan agar masalah ini menjadi perhatian pihak kerajaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");