Perak Hari Ini

Bekas Pekerja MAPS Ceburi Bidang Masakan Di Ayam Gepuk Ganteng

IPOH – Penutupan Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Januari tahun ini nyata tidak mematahkan semangat antara 10 bekas pekerjanya untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Daripada industri taman tema, kini kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 ke 30’an itu beralih kepada bidang masakan dan mengusahakan perniagaan di Restoran Ayam Gepuk Ganteng di Meru Raya, dekat sini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604302991922″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Pengasasnya, Muhammad Syairazmin Azril Alias, 24, berkata minatnya dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah telah mendorongnya untuk membuka perniagaan sendiri.

Bermula dengan menyediakan makanan untuk rakan-rakan sekerja, bekas pengacara di MAPS itu kemudiannya mengusahakan menu yang dipelajarinya dari keluarganya menerusi perkhidmatan penghantaran di sekitar Meru Raya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303032903″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Kami bermula tahun 2019 yang mana ketika itu saya masih bekerja di MAPS. Tercetusnya idea mengusahakan perniagaan ini selepas saya mendapati susah untuk mencari juadah Ayam Gepuk di Ipoh.

“Tambahan nenek saya berdarah Jawa, jadi perniagaan ini asalnya tercetus daripada saya yang masak secara sendiri-sendiri,” katanya ketika ditemui PerakToday, di sini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303374163″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Ujarnya selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja di MAPS, dia mula mengusahakan perniagaan Ayam Gepuk Ganteng secara serius.

Bekas pelajar lepasan Diploma Komunikasi dan Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu berkata, bermula dengan membuka gerai di tepi jalan, Ayam Gepuk Ganteng kini telah beroperasi di salah satu premis di Meru Raya.

Syairazmin Azril turut menambah perjalanan perniagaannya dipenuhi dengan pelbagai cabaran semenjak daripada awal lagi.

“Semasa pembukaan restoran ini, seminggu dua selepas itu kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun kami menganggap ia sebagai dugaan Tuhan untuk ganjaran yang lebih baik.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303352027″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Alhamdulillah kini jualan di Ayam Gepuk Ganteng mencecah hampir 1,000 bungkus sehari dan sepanjang perniagaan ini kami telah berjaya menjual lebih 200,000 bungkus.

“Ia termasuk dengan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami dengan memberi bungkusan-bungkusan makanan kepada petugas barisan hadapan COVID-19 serta golongan gelandangan,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303218608″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303300665″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambahnya lagi walaupun COVID-19 memberi sedikit kesan terhadap perniagaannya, namun Ayam Gepuk Ganteng tetap menerima sambutan menggalakkan dengan mencecah 300 jualan sehari menerusi perkhidmatan penghantaran makanan FoodPanda.

Ujar Syairazmin Azril, semasa Bulan Ramadan lalu, menerusi inisiatif Smart Iftar@Perak, Ayam Gepuk Ganteng turut menerima tempahan makanan sehingga ke Daerah Kampar dan Parit.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303117112″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}
{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303274795″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Kepada belia yang berminat untuk berniaga nasihat saya bahawa kita harus percaya pada rezeki Allah yang luas. Dalam bidang perniagaan ini kita jangan mudah putus asa dan terus bertawakal.

“Bermula dengan seberhana dan harus bijak dalam soal pengurusan kewangan,” katanya selain menambah mengimpikan membuka cawangan di seluruh negara.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604303154865″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Maklumat Tambahan:
Ayam Gepuk Ganteng

  • Alamat: No 70, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
  • Antara menunya, Ayam Gepuk Ganteng, Nasi Keli Ganteng, Bakso dan lain-lain. Akan datang menu nasi goreng dan makanan barat.
  • Berharga antara RM5 ke RM8.
  • Beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka pada cuti umum
  • Ayam gepuk bermaksud ayam yang digoreng lalu diketuk dan dilumur di atasnya dengan cili.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");