Perak Hari Ini

Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Dengar Suara Rakyat – MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut baik pengumuman Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini.

Menyifatkan pembentangan belanjawan itu sebagai yang terbaik, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata ia dilihat sebagai bukti kerajaan mendengar suara rakyat di semua peringkat.

“Ia membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan rakyat bakal menerima manfaat seperti yang diharapkan.

“Sekarang (apabila diluluskan nanti ia) adalah masa kepada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan intipati belanjawan ini.

“Amat penting bagi kerajaan memastikan setiap bantuan sampai kepada golongan sasar (kelak),” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’, Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat siang tadi dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi khususnya dalam mendepani krisis pandemik COVID-19.

Ia merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");