Berita Hari Ini

Belanjawan 2021: Pemberian One-off RM500 Kepada 100,000 Petugas Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 yang akan memanfaatkan 100,000 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghargai jasa mereka di bawah Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pemberian itu adalah tambahan kepada Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada petugas barisan hadapan KKM yang diberikan sejak Mac lepas dan akan diteruskan sehingga ancaman pandemik itu berjaya diatasi.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini,” kata Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");