Panasnya Hari Ini

Bersatu mansuhkan jawatan pengerusi, tubuhkan sayap bersekutu

Bersatu memansuhkan jawatan pengerusi yang sebelum ini disandang pengasas parti itu, Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan agung tahunan (PAT) parti itu.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata selain itu keputusan turut dicapai untuk memansuhkan majlis presiden yang ditubuhkan sebelum ini bawah perlembagaan parti itu.

Katanya perkara ini dilaksanakan hasil usul dibincangkan semasa perhimpunan itu untuk pindaan perlembagaan Bersatu.

“Sebelum PAT berlangsung, jawatankuasa pindaan perlembagaan sudah mengadakan sesi libat urus dan taklimat di seluruh negara dengan pemimpin negeri serta bahagian.

“Kita mengambil kira semua pandangan untuk memperbaiki cadangan asal.

“Alhamdulillah, keputusan sebulat suara berjaya dicapai untuk menerima semua pindaan dicadangkan, termasuk memansuhkan jawatan pengerusi parti,” katanya.

Selepas Mahathir dipecat, jawatan itu sebelum ini dipangku Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.

Wan Saiful berkata, antara perkara signifikan lain yang turut dibangkitkan ialah penubuhan sayap bersekutu bagi membolehkan penstrukturan ahli bersekutu parti berkenaan.

“Sejak awal penubuhan lagi, kita sudah ada keahlian bersekutu. Kini, kita berasa sudah tiba masanya untuk diwujudkan struktur rasmi bagi mempermudahkan kerja. Ahli bersekutu ini adalah mereka yang bukan pribumi.

“Kita melihat ada permintaan tinggi untuk menjadi ahli parti. Justeru, kita juga meminda perlembagaan agar prosesnya menjadi lebih mudah.

“Kita memansuhkan keahlian tahunan. Sekarang, semua menjadi ahli seumur hidup dengan membayar satu yuran sekali gus saja,” katanya.-MalaysiaNow

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");