Berita Hari Ini

Covid-19: 2,188 kes positif baharu, rekod kes harian tertinggi

Kes baharu positif Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi harian apabila melepasi 2,000 kes hari ini.

Bagi tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari sebanyak 2,188 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 58,847 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,673 kes sembuh dilaporkan pada hari ini dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,353 kes.

“Tidak ada kes import yang dilaporkan pada hari ini.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya 341 daripada jumlah keseluruhan hari ini,” katanya . 

Empat kematian hari ini yang direkodkan membabitkan 3 lelaki dua daripadanya dari Sabah dan seorang lagi dari Pulau Pinang serta seorang wanita di Sabah

Menurut Dr. Noor Hisham, sehingga kini terdapat 112 kes positif yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 49 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");