Perak Hari Ini
Like

COVID-19: Ipoh Bertukar Zon Merah

November 14, 2020
1022 Views
0 Comments
2 minutes read
COVID-19: Ipoh Bertukar Zon Merah

IPOH – Pertambahan 13 kes baru positif COVID-19 di Daerah Kinta menjadikan Ipoh bertukar daripada zon jingga ke zon merah tengah hari tadi.

Ia menjadikan zon merah kedua di Perak selepas Kampung Buaia di Kuala Kangsar.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi laman Facebook, kes semasa COVID-19 Ipoh ia mencatatkan 43 kes berbanding 33 kes semalam.

Sementara itu Tanjung Rambutan mencatatkan pertambahan 2 kes semasa sementara Lahat dan Chemor masing-masing kekal 5 dan 4 kes berbanding semalam.

Menurut kenyataan oleh JKN Perak, kesemua jangkitan di Daerah Kinta membabitkan jangkitan tempatan.

“10 kes daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar di daerah Kinta. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar di Perak adalah 82 kes. Sementara itu satu kes daripada Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) atau kalangan pesakit Influenza (ILI).

“Dicatatkan juga dua kes daripada saringan lain iaitu saringan COVID-10 sebelum ke Sabah. Punca jangkitan masih dalam siasatan dan kesemua kes adalah jangkitan tempatan,” katanya, di sini.

Selain itu infografik yang dikongsikan JKN Perak turut memaklumkan pertambahan 38 kes semasa di Daerah Hilir Perak iaitu Changkat Jong berbanding semalam.

Katanya kesemua kes membabitkan tahanan di Depot Tahanan Imigresen, Langkap itu merupakan daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok.

“Punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok di Perak ialah 121 kes. Selain itu, direkodkan satu kes tahanan sama namun punca jangkitan disyaki daripada luar daerah Hilir Perak,” jelasnya.

Bagi kes di Kuala Kangsar, JKN Perak memaklumkan pertambahan dua kes itu daripada Kluster Rengas dan ia merupakan jangkitan tempatan.

Tambahnya daripada pertambahan angka tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhan kes dari Kluster Rengas di negeri ini adalah 118 kes.

Komen & Pendapat

Comments are closed.