Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat 112 Kes Hari Ini

IPOH – Kes positif COVID-19 di Perak mencatatkan tiga angka iaitu 112 kes sehingga tengah hari tadi dan kesemuanya membabitkan jangkitan tempatan.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan daripada angka tersebut Daerah Hilir Perak mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah 101 kes.

“101 kes dari  kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes daripada Kluster Tembok adalah 410 kes,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu katanya bagi Daerah Kinta sebanyak sembilan kes positif COVID-19 telah dicatatkan membabitkan tiga kluster yang sedia ada.

Jelasnya daripada sembilan kes, enam daripadanya melibatkan Kluster Enggor dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi kluster tersebut adalah 36 kes.

“Dua kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar di Perak adalah 171 kes,” katanya.

Tambahnya bagi daerah sama, hasil saringan kontak rapat kes dari luar Perak, satu kes telah dikesan membabitkan Kluster Seri Pasir.

Sementara itu katanya lagi Daerah Kuala Kangsar dan Larut Matang Selama masing-masing mencatatkan satu kes positif yang juga dari kluster sedia ada.

“Satu kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Enggor. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Enggor di Perak adalah 37 kes.

“Selain itu, turut dikesan satu kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok di Perak adalah 411 kes,” katanya lagi.

Dalam pada itu, berdasarkan infografik oleh JKN Perak, dinyatakan Changkat Jong di Hilir Perak mencatatkan 101 kes baharu, serta Chemor dan Ipoh masing-masing direkodkan enam dan tiga kes positif COVID-19.

Sementara itu dicatatkan masing-masing 1 kes di Pulau Kemiri bagi Daerah Kuala Kangsar, dan Taiping di  Larut Matang Selama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");