Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat 167 Kes, Kinta Daerah Tertinggi

IPOH – Kes positif jangkitan COVID-19 di Perak melonjak kepada 167 kes sehingga tengah hari ini berbanding 42 semalam dalam tempoh sama.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua kes membabitkan jangkitan tempatan.

Kataya lagi, daripada keseluruhan jumlah kes tersebut, Daerah Kinta mencatatkan angka tertinggi dengan 152 kes dan melibatkan tiga kluster sedia ada.

“12 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Pengkalan Barat, menjadikan jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pengkalan Barat adalah 117 kes.

“Selain itu 124 kes dicatatkan dari kluster sedia ada iaitu Kluster Enggor. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Enggor adalah 249 kes.

“5 kes lain pula dari kluster sedia ada iaitu Kluster Buntar. Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Buntar adalah 195 kes,” katanya di sini, hari ini.

Bagi daerah sama, JKN Perak memaklumkan dua kes positif COVID-19 dari saringan kontak rapat serta tujuh kes saringan bergejala Influenza Like Illness (ILI) yang mana punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Kinta turut mencatatkan masing-masing satu kes saringan pra-penerbangan ke luar negara dan saringan berbayar di fasiliti kesihatan. Punca jangkitan juga masih dalam siasatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, JKN Perak berkata terdapat 10 kes positif COVID-19 dikesan yang mana 10 membabitkan Kluster Tembik dan dua kes dari saringan kontak rapat.

Bagi Daerah Kuala Kangsar JKN Negeri juga memaklumkan tiga kes baharu wabak tersebut dicatatkan yang mana dua dari Kluster Enggor dan satu dari saringan bergejala.

“Daerah Kampar mencatatkan satu kes positif iaitu dari saringan kembali bekerja. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Selain itu Daerah Hulu Perak turut mencatatkan satu kes dari saringan kontak,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");