Berita Hari Ini

Dakwaan Trump di Philadelphia tak berasas, kata datuk bandar

Tuduhan Presiden Donald Trump mengenai adanya penipuan pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) di Philadelphia adalah tidak berasas, kata Datuk Bandar Jim Kenney dalam sidang media Jumaat, lapor agensi berita Sputnik.

“Beberapa pihak termasuk presiden terus membuat dakwaan mengenai penipuan… tetapi pasukannya tidak mengemukakan sebarang bukti.

“Apa yang kita lihat di Philadelphia adalah demokrasi,” kata Kenney.

Kempen Trump pada Khamis mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap pegawai pilihan raya Philadelphia dengan menuntut pengiraan undi dihentikan sehingga pemerhati Republikan dibenarkan memantau proses itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");