Berita Hari Ini

Ebit Lew Beri Bantuan Makanan Untuk Haiwan Di Zoo Negara

SHAH ALAM – Pendakwah terkena, Ebit Lew menghulurkan sumbangan makanan kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Sinar Harian melaporkan, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, RM1 juta sebulan diperlukan untuk menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan penyelenggaraan zoo.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Sekarang dah banyak bulan pihak Zoo Negara tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ini terus bawa 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayuran,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Ahad.

Menerusi status bergambar yang sama, Ebit turut berkongsi pengalamannya mengunjungi tempat berkenaan.

“Dulu saya sampai sini masa darjah satu. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan kepada anak haiwan-haiwan di sini,” katanya.

Pada masa sama, Ebit turut memaklumkan bahawa orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi pihak Zoo Negara.

“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO (Badan bukan kerajaan) sahaja.

“Jadi, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");