Perak Hari Ini

Empat PPS banjir di daerah LMS ditutup

IPOH – Hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang masih dibuka sejak semalam ditutup sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan PPS di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Al-Barakah itu ditutup pada 10 pagi setelah banjir kilat di Changkat baru, Matang, Kampung Batu 7 pulih sepenuhnya dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“PPS itu sebelum ini menempatkan 15 mangsa banjir daripada empat keluarga.

“Empat PPS lain telah ditutup sepenuhnya semalam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Banjir kilat yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama semalam berpunca daripada hujan lebat tanpa henti sejak petang Rabu sehingga mengakibatkan lima kampung terjejas dan lima PPS dibuka bagi membolehkan 381 penduduk dipindahkan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");