Membawang Hari Ini

Farhan Asri Insaf Kena Kafan! – “Beginilah Agaknya Rupa Terakhir Saya Sebelum Ke Negara Abadi”

Pelakon Farhan Asri mencetuskan panik apabila memuat naik sekeping foto dirinya dalam keadaan terbaring dan dikafankan oleh beberapa lelaki.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Farhan memaklumkan itu sebahagian daripada babak lakonannya untuk drama terbaharu berjudul Menantu Tok Sintok.

Berkongsi perasaan dikafankan seperti jenazah, kata Farhan, terdetik dalam hatinya perasaan sayu, hiba, sedih dan takut.

“Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah.

“Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok.

“Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan. 

“Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur,” katanya.

Menurut Farhan, watak utama sebagai Badrol dalam drama terbabit memberi pengalaman dan cabaran baharu dalam hidupnya.

“Saya timba satu pengalaman baharu yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini.

“Ini antara salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam HD tak lama lagi. Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai.

“Terima kasih kepada penerbit Datuk A Aida sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang terbaik,” tulisnya lagi. -Gempak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");