Berita Hari Ini

Gara2 tak minta izin nak kerja, suami tergamak tikam isteri sendiri

Seorang wanita nyaris maut selepas parah ditikam oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Iboi, Kupang, Baling pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, mangsa yang merupakan pekerja kilang berusia 36 tahun dikatakan bertengkar dengan suaminya, 33, yang ketika itu berada di luar rumah.

Tikam isteri dengan pisau

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian bertindak agresif dengan menendang pintu dapur dan meluru masuk ke dalam rumah sebelum mencapai pisau untuk menikam mangsa.

“Suspek terus masuk ke dalam bilik isterinya dengan memegang pisau pendek dan berlaku pergelutan sebelum suspek dilihat keluar dari bilik tersebut untuk melarikan diri…”

Cedera parah di perut

Difahamkan, ibu mangsa yang turut berada di rumah itu terkejut melihat keadaan anak perempuan cedera berlumuran darah akibat ditikam.

“Ibu mangsa kemudian masuk ke dalam bilik berkenaan dan mendapati anaknya mengalami cedera di perut…”

Hasil pemeriksaan pihak Hospital Sultan Abdul Halim mendapati mangsa ditikam sebanyak dua kali di tempat berbeza di bahagian perut sebelah kiri dengan kedalaman tikaman kira-kira tiga sentimeter.

Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku kerana suspek tidak berpuas hati isterinya bekerja di sebuah kilang tanpa mendapatkan izin terlebih dahulu. Kini, suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook (Makcik Kiah) &  Kosmo (Norlia Ramli)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");