Berita Hari Ini

‘Hanya Ahli Parlimen dalam dewan boleh mengundi’

 Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, membuat keputusan tegas dengan menetapkan Ahli Parlimen hanya layak mengundi apabila sudah berada dalam dewan sebaik loceng dua minit kedua dibunyikan.

Selepas tamat loceng berkenaan, katanya, pintu akan ditutup manakala Ahli Parlimen yang masih berada di luar dewan tidak dibenarkan masuk.ADVERTISING

“Tempoh 10 minit secara konsesus, kita sudah setuju selepas loceng dua minit (pertama).

“Selepas loceng dua minit kali kedua, kita akan tutup pintu dan yang berada di dalam dewan saja akan mengundi,” katanya selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Loceng dua minit pertama adalah bagi memberi isyarat undian belah bahagi dijalankan manakala loceng kali kedua pula adalah tempoh bagi Ahli Parlimen mengundi.

Terdahulu, beberapa pemimpin pembangkang bangun mempertikaikan tindakan ahli blok kerajaan memasuki dewan selepas loceng kedua dibunyikan.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan ketika proses undian belah bahagi berlangsung.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");