Panasnya Hari Ini

Hubungan Parti Dalam PN Diperkukuhkan Menjelang PRU15

KUALA LUMPUR – Hubungan dan kerjasama antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan diperkukuhkan lagi terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik Bernama, Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata adalah penting dalam PRU15 nanti, tidak berlaku pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan PN menentang parti lawan yang lain.

Katanya, untuk tujuan itu program bersama akan diatur di peringkat pusat, negeri dan akar umbi bagi mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat antara parti-parti dalam kerajaan PN.

“ Saya juga ingin mencadangkan supaya pertemuan antara ketua parti yang membentuk kerajaan PN diadakan secara lebih kerap. Mungkin sudah sampai masanya sebuah Majlis Presiden yang dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam PN, BN, GPS dan GRS diwujudkan. 

“ Mesyuarat secara berkala boleh diadakan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan dasar ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain,” katanya dalam ucapan dasar sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");