Berita Hari Ini

Hubungi Bank Untuk Dapatkan Lanjutan Moratorium – BNM

PETALING JAYA- Bank Negara Malaysia (BNM) mengulangi gesaan kepada peminjam yang terkesan untuk menghubungi bank masing-masing bagi menyelesaikan permohonan moratorium pinjaman.

Memetik laporan Kosmo Online, katanya golongan B40 dan peniaga kecil boleh memilih sama ada moratorium tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan.

“Kelulusan diberikan secara automatik. Golongan M40 hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri bagi mengurangkan ansuran bulanan,” katanya dalam laman Facebook rasmi agensi itu.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menyampaikan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat menyatakan, moratorium pinjaman diberikan automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");