Berita Hari Ini

Hutang Kerajaan Persekutuan 2019 Naik RM792 bilion

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mencatatkan jumlah hutang sebanyak RM792.9 bilion tahun lalu, iaitu peningkatan sekitar tujuh peratus berbanding RM741 bilion pada 2018.

BH Online melaporkan perkara itu dimaklumkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, hari ini.

Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, nisbah hutang kerajaan tahun lalu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus, berbanding 51.2 peratus pada 2018.

Katanya, jumlah liabiliti persekutuan pula adalah sebanyak RM1.08 trilion atau bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

“Sebanyak 59.9 peratus atau RM82.7 bilion daripada jumlah Terimaan Pinjaman Baharu berjumlah RM138.5 bilion, digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman dalam negeri (hutang matang).

“Hanya 29.7 peratus atau RM41.1 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Situasi sebegini haruslah diperbaiki,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");