Berita Hari Ini

Individu dari zon merah perlu buat saringan Covid-19 jika ingin masuk Kelantan

Mulai esok semua pemandu dan penumpang kenderaan dari zon merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19, kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Jefny Muhamad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas diadakan MKN bersama beberapa agensi berkaitan hari ini berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai 9 November hingga 6 Disember ini.

“Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas Covid-19.

“Selain itu, sesetengah daripada mereka juga akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah,” katanya hari ini.Powered by Streamlyn

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata 4 sekatan jalan raya di sempadan negeri itu iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis kontinjen Kelantan, Shafien menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan Covid-19FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");