Perak Hari Ini

Isteri MB Perak lawat NurMardhiah

IPOH – Isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Nomee Ashikin Mohammed Radzi hari ini melawat Nurmardhiah, 3, dan memberi sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar serta sumbangan peribadi kepada pasangan Nur Natasya Rasid, 24.

Beliau berkata, pihak Pejabat Menteri Besar telah membantu menguruskan pengangkutan keluarga berkenaan bagi perjalanan pergi dan pulang mereka ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Seperti kita maklum Nurmardiah perlu jalani rawatan 2 minggu sekali dan itu adalah salah satu bebanan kepada mereka dan ia juga amat bahaya kepada Nurmardhiah.

“Saya serta suami juga ingin menyampaikan sumbangan peribadi dengan membantu kewangan mereja seperti menguruskan bayaran sewa rumah selama 6 bulan”. katanya ketika sidang media.

Beliau berkata, dengan bantuan berkenaan sedikit sebanyak mampu memberi nafas lega kepada mereka dari aspek kewangan yang mereka hadapi.

Pada masa sama, Nur Natasya berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan wang ringgit selain memberi kata semangat sejak kisahnya bersama suami, Muhammad Iqmal Ramli dan Nur Mardhiah tular di laman social.

Nur Mardhiah Shahadah diuji dengan barah mata tahap empat yang menyebabkan pancaindera kirinya buta dan rabun di sebelah kanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");