Perak Hari Ini

Jambatan Di Kampung Kuala Pari Rosak Akibat Kekerapan Hujan

IPOH – Jambatan Sungai Kledang di Kampung Kuala Pari, dekat sini mengalami kerosakan berpunca daripada kekerapan hujan pada awal September lalu.

Jurucakap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berkata justeru kerosakan itu bukanlah disebabkan kejadian hujan lebat dan banjir yang berlaku di beberapa kawasan di bandar raya ini seperti yang tular di media sosial semalam.

“MBI telah mengarahkan Konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan pada 27 Ogos.

“Namun, akibat kekerapan hujan pada awal September lalu didapati kerosakan tersebut telah menjadi semakin serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru MBI memaklumkan susulan lawatan oleh Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Pejabat Penghulu Mukin Hulu Kinta (Lahat), (PEISB) serta wakil penduduk pada 25 September, Jabatan Kejuruteraan MBI telah menjalankan kerja-kerja penutupan laluan berkenaan pada hari seterusnya.

“PEISB telah diamanahkan untuk mereka bentuk semula kelubung kepada jambatan yang baru serta menjalankan kerja-kerja menaiktaraf.

“Reka bentuk jambatan yang baru berkenaan telah dipersetujui oleh MBI dan kerja-kerja menaiktaraf jambatan tersebut telah bermula 16 November. Ia dijangka siap dengan mengambil masa selama 26 minggu,” katanya lagi.

Dalam pada itu MBI meminta agar penduduk setempat memberi kerjasama dan mematuhi arahan lalu lintas semasa kerja-kerja menaiktaraf jambatan itu dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");