Berita Hari Ini

Johor, Melaka, Terengganu dan Kedah ditamatkan PKPB Esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan esok, lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.

BH Online melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB.

“PKPB ditamatkan selepas penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan trend penurunan kes positif dan keadaan terkawal,” katanya pada sidang medianya hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");