Perak Hari Ini

Kanak-kanak Terjatuh Ke Sungai Chepor Ditemukan Di Lahat

IPOH – Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Chepor di sini pada kelmarin telah ditemukan petang tadi di sebatang sungai dekat Lahat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan mayat Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry telah ditemukan tersangkut pada dahan kayu kira-kira pada jam 2.55 petang oleh pasukan kayak Kamparado.

“Mangsa lemas telah ditemukan pada jam 2.55 petang oleh pasukan Kayak Kamparado di sungai berhampiran sebuah kilang di Lahat”

“Mangsa telah ditemui tersangkut di dahan kayu dengan jarak antara tebing sungai dengan mangsa dianggarkan 2 meter dari sungai tersebut,” katanya, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi mayat mangsa telah dibawa naik sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Pada Selasa Deniss Ramadhan dilaporkan telah terjatuh ke Sungai Chepor dari jambatan di Kampung Chepor Dalam, di sini selepas cuba membantu rakannya mengambil selipar yang terjatuh ke sungai berkenaan.

Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Klebang itu merupakan anak kedua dari tiga anak pasangan Amar Fizry Razali dan Maizatul Nadia Zulkifli.

Sementara itu, JBPM Negeri memaklumkan lebih daripada 50 orang anggota pasukan keselamatan telah dikerahkan bagi membantu mencari mangsa yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awan (APM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Katanya jumlah sama termasuk lapan individu daripada kumpulan rakit redah jeram atau ‘water rafting’ dikenali sebagai Kamparado yang secara sukarela membantu serta Unit Anjing Pengesan (K9).

Terdahulu katanya seramai enam anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah telah terlibat melakukan operasi pencarian dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ di aliran Sungai Kinta.

“Operasi pencarian di Zon A membabitkan lima anggota dengan menggunakan kaedah ‘surface searching’ sehingga ke empangan tambatan banjir sejauh 1.5 kilometer (km).

“Seramai seorang pegawai dan dua anggota tersama 8 orang pasukan Kamparado telah membuat pencarian di Sungai Pari sehingga ke Sungai Kinta yang dianggarkan sejauh 7 ke 10 km dengan menggunakan dua bot dan empat kayak,” ujarnya.

Katanya lagi dua pegawai dan tujuh anggota dari BBP Teluk Intan turut terlibat menjalankan operasi pencarian di Jeti Pokok Asam di daerah tersebut dengan menggunakan dua bot.

“Anggota  BBP Teluk Intan telah melakukan operasi pencarian ‘surface searching’ melalui Sungai Perak ke Sungai Kinta,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");