Berita Hari Ini
Like

Kastam Ucap Penghargaan Kecekapan Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Kes Ugut Pegawainya

November 30, 2020
112 Views
0 Comments
1 minute read
Kastam Ucap Penghargaan Kecekapan Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Kes Ugut Pegawainya

KUALA LUMPUR – Ugutan bunuh keatas seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Sarawak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada tindakan pegawai berkenaan yang mengetuai operasi di Pelabuhan Rajang dan Pelabuhan Bintulu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai hampir RM2.64 juta, dengan anggaran jumlah duti dan cukai berkenaan dianggarkan RM655,301.

Katanya, pihaknya akan terus menjalankan amanah menjaga keselamatan dan hasil negara melalui penguatkuasaan yang ketat dan tidak berkompromi dengan ancaman daripada mana-mana anasir yang ingin mengganggu gugat kedaulatan serta keselamatan negara.

“Jabatan Kastam turut memandang serius sebarang bentuk ugutan atau ancaman ke atas pegawai-pegawainya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Abdul Latif merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang berjaya menahan tiga individu disyaki terlibat menghantar nota ugutan itu, bagi membantu siasatan.

Jumaat lepas, polis Sarawak mengumumkan penahanan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap seorang pegawai kanan kastam yang menerima dua butir peluru hidup beserta nota yang bertulis “got two bullets, one long one short, which one you want” di kediamannya di Jalan Matang, Kuching.

Komen & Pendapat

Comments are closed.