Panasnya Hari Ini

Kementerian Kesihatan Beri Pelepasan Awal Hadir Parlimen- Jeffrey

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menjelaskan beliau diberi pelepasan awal oleh Kementerian Kesihatan untuk hadir ke Parlimen bagi menyertai persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Sinar Harian melaporkan Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, beliau diberi pelepasan daripada menjalani pemantauan dan pemerhatian mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, surat pelepasan bertarikh 23 November yang ditandatangani pegawai perubatan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai di ibu negara telah diterima olehnya.

“Mana-mana individu yang menjalani kuarantin kendiri boleh memohon untuk pelepasan awal, tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan selepas menjalani saringan kesihatan.

“Sehubungan itu, tiada isu tidak mematuhi peraturan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Isu ‘double standard’ juga tidak timbul kerana pelepasan awal itu bukan hal politik,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, keputusan itu dibuat Kementerian Kesihatan selepas melakukan beberapa ujian calitan koronavirus (Covid-19) dan darah terhadapnya sejak ketibaannya di Kuala Lumpur pada 12 November lalu.

Sehubungan itu, Jeffrey menafikan dakwaan yang turut mengatakan beliau masih berada di Kota Kinabalu pada 13 November lalu.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan berniat jahat yang bertujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin.

Semalam, beberapa ahli Parlimen dari Sabah termasuk Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar-Warisan) mempersoalkan kehadiran Jeffrey di Dewan Rakyat yang disifatkannya bertentangan dengan arahan kuarantin wajib 14 hari ditetapkan Kementerian Kesihatan terhadap mereka yang datang dari Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");