Berita Hari Ini

Kemuka permohonan BPN2.0 sebelum 15 Nov

Individu yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk BPN 2.0 diminta mengemukakan permohonan segera selewat-lewatnya pada 15 November 2020.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDNM yang berdekatan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan BPN 2.0 merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, KITA PRIHATIN, bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Menurutnya, pengguna boleh melayari portal BPN untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");