Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Bakal Sedia SOP Di PPS

Bagan Serai – Kerajaan Negeri Perak sedang berbincang dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi menetapkan satu set Standard Operasi Prosedur (SOP) Covid di Pusat Penempatan Sementara (PPS) banjir.

EXCO Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, SOP berkenaan masih lagi dalam perbincangan bersama agensi yang terlibat dan bakal diedarkan di kesemua PPS dalam masa terdekat.

Katanya, sementara regulasi untuk SOP covid dipusat banjir dikeluarkan, pihaknya masih mengamalkan prosedur yang sedia ada seperti telah ditetapkan oleh pihak MKN.

“Oleh itu, semua yang berada di PPS perlu melaksanakan dan mengamalkan budaya norma yang baharu seperti memakai penutup mulut dan hidung”, katanya ketika di temui pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada 168 orang yang terjejas akibat banjir dan dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");