Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Serah Sumbangan Bernilai RM300,000 Kepada Peniaga Kecil

IPOH – Seramai 74 peniaga kecil wanita menerima penyerahan sumbangan dari EXCO Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Datuk Wan Norashikin Noordin di Majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan Kecil Wanita di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Izzuddin Shah, Ipoh.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan bagi barang yang diserahkan kepada mereka bernilai hampir RM300,000 dibawah portfolionnya dalam Kerajaan Negeri.

Katanya, antara barangan yang diberikan termasuk peti sejuk, mesin adunan, mesin jahit dan ‘chiller’ bagi menyimpan kek.

“Mereka yang hadir untuk menerima barangan yang diberikan itu berpandu kepada permohonan bersesuaian dengan jenis perniagaan kecil yang mereka jalankan.

“Rata-rata mereka yang menerima sumbangan ini menceburi bidang sejuk beku dalam pembuatan makanan seperti satay dan juga kuih muih,” katanya ketika ditemui media.

Pada masa sama, beliau turut berkata, mereka akan dipantau dangan kerjasama Majlis Masyarakat Penyayang dan JKM serta membimbing mereka melalui beberapa kursus yang bakal disediakan kepada mereka

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");