Berita Hari Ini

Kes UMANY: Lelaki Rakam Operasi Polis Akan Dituduh Esok

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai merakam operasi serbuan polis di sebuah rumah di Petaling Jaya, dekat sini, pada 7 Nov lepas, akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kertas siasatan melibatkan individu berusia 24 tahun itu, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini.

Beliau berkata keterangan telah direkodkan membabitkan individu berkenaan dan pertuduhan akan dibuat pada 10 pagi di Mahkamah Petaling Jaya.

“Ia dibuat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan, kerana mengingkari suatu perintah yang diisytihar oleh seorang penjawat awam,” katanya kepada Bernama.

Pada 7 Nov lepas, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan kerana menghalang tugas polis, dengan merakam video operasi serbuan ke atas seorang individu, berhubung siasatan kes Akta Hasutan melibatkan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY), di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Lelaki itu didapati merakam video operasi serbuan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit, selain turut menyiarkannya menerusi Facebook Live.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");