Berita Hari Ini

KKM Sasar Kebolehjangkitan COVID-19 Menurun Bawah 0.5

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19. 

Memetik Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9. 

“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (COVID-19),” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini. 

Semalam, kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");